Katarak Mata
23 September 2009
Apakah katarak?
Katarak adalah kanta mata yang lutsinar bertukar warna menjadi kuning susu dikenali sebagai katarak atau selaput mata. Biasanya berlaku pada kedua-dua belah mata, dan tahapnya berbeza bagi setiap mata.
Cahaya yang memasuki mata, perlu melalui kanta untuk ke retina bagi menghasilkan imej. Akibat kekabutan kanta (disebabkan oleh katarak), imej yang terbentuk mengalami gangguan. Inilah yang menyebabkan pesakit katarak mengalami gangguan penglihatan sama ada jauh ataupun dekat. Selain gangguan penglihatan, mereka akan mengalami silau tidak kira siang atau malam, sensitif pada cahaya lampu, halos dan diplopia (penglihatan berganda) dan gangguan penglihatan warna pada peringkat yang serius. Namun, katarak tidak menyebabkan kesakitan pada organ mata.
Apa puncanya?
Ia biasanya berpunca daripada peningkatan usia, trauma, diabetes mellitus, merokok, toksik seperti pengambilan steroid dan kongenital (lahir dengan katarak).
Terdapat 3 jenis katarak iaitu:
- Katarak subkapsular
- Katarak nuklear
- Katarak kortikal
Pesakit yang mengalami katarak subkapsular akan mengalami silau dengan cahaya lampu kenderaan di hadapan, silau dengan cahaya matahari dan mengalami gangguan penglihatan dekat. Pesakit dengan nuklear katarak akan mengalami perubahan kuasa cermin mata (myopia). Pesakit dengan kortikal katarak mengalami silau sepanjang masa.
Katarak boleh menyebabkan kebutaan. walaubagaimanapun, tidak semua katarak perlu dibuang…bergantung kepada kematangan katarak dan keperluan penglihatan pesakit.
Adakah katarak boleh diubati?
Ya, dengan pembedahan katarak.
Pembedahan katarak dilakukan di dalam bilik pesakit luar sahaja dengan menggunakan bius setempat. Operasi mengambil masa selama 30 – 60 minit. bahagian kanta yang kabut akan dibuang dengan menggunakan teknik phacoemulsification. Pesakit dibenarkan pulang selepas 1 – 2 jam selepas pembedahan sekiranya tiada sebarang masalah. Mata yang dibedah akan ditutup sehingga keesokan harinya. pesakit juga akan dibekalkan dengan ubat penitis bagi membantu mempercepatkan proses memulihan.
Kebiasaannya, pembedahan ini amat berjaya. namun terdapat juga beberapa risiko yang perlu diingat!
- jangkitan kuman dan pendarahan
- kuasa kanta yang tinggi
- kanta baru boleh berkabut seperti sebelumnya
- 1% retinal detachment dan bengkak pada retina
Harus di ingat!
Katarak tidak akan pulih dengan ubat penitis atau vitamin. tetapi ia boleh dikawal dengan menggunakan kanta 100% ada pelindung UV (kanta transition atau kanta polycarbonate).
InsyAllah, jika ada kelapangan dan persoalan lagi tentang katarak mata, saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut. Untuk makluman, di Setiawangsa Optometrist, kami mempunyai peralatan lengkap untuk pemeriksaan mata. Kami juga menyediakan pemeriksaan katarak mata secara percuma. Dinasihatkan supaya menelefon dahulu kepada kami untuk membuat temujanji.
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Norhalijah Ismail
Cermin mata Essilor® Transitions®
9 Julai 2009
Ramai yang bertanya kepada kami tentang lens Essilor® Transitions® semenjak NTV7 mengiklankannya pada slot siaran prima mereka. Di Setiawangsa Optometrist, kami semangnya menyarankan anda untuk memilih Essilor® Transitions® untuk perlindungan tambahan. Maklumlah, musim-musim panas sekarang ni. Boleh dikatakan setiap hari, cuaca di luar boleh menjangkau sehingga 40 darjah celsius! Bayangkan setinggi mana sinaran UV yang dilepaskan pada waktu itu? Orang putih kata “its deadly” atau boleh membawa maut…saya hanya bergurau saja Makna saya disini, sinaran UV pada waktu kepanasan terlampau boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada mata.
Kepada anda yang banyak menghabiskan masa di luar terutamanya site engineer atau kontraktor mahupun cikgu sekolah (cikgu sekolah pun kena jemur bawah matahari tau!) kondisi cuaca terlampau ini boleh mengakibatkan sakit kepala atau lain-lain kerana dek teriknya panas. Ini menjadi masalah kepada orang yang rabun, kerana separuh hatinya ingin memakai sunglass, tapi separuh lagi malas pula nak membeli contact lens kerana tak biasa. Atau malas hendak bertukar-tukar kaca mata biasa dan kaca mata tinted yang sedia ada. Sememangnya inilah yang seringkali pelanggan kami hadapi.
Alhamdulillah…sepanjang kami berada di Setiawangsa, ramai pelanggan kami yang datang semata-mata “melabur” untuk mendapatkan Essilor® Transitions® dari kami. Jangan teperanjat, jika saya katakan ada beberapa ibu bapa yang tanpa berdolak dalih membelikan anak-anak mereka lens Essilor® Transitions®. Kenapa saya gunakan perkataan “melabur” disini. Ia kerana dari segi pandangan pertama, harga lens Essilor® Transitions® adalah boleh dikatakan amat mahal dari yang biasa. Namun, jika dibandingkan dengan kesihatan diri dan perlindungan mata, ia adalah “pelaburan” untuk penjagaan mata. Ingatkah anda bahawa deria yang paling sensitif adalah sentuhan (kulit) dan mata juga sensitif dan mudah terdedah kepada bahaya, iaitu UV.
Untuk pengetahuan semua pembaca, saya adalah pengguna setia Essilor® Transitions® sejak dari enam tahun yang lepas. Generasi yang saya gunakan adalah dari generasi yang ke lima atau dikenali sebagai Essilor® Transitions® V. Sekarang, Essilor telah mengeluarkan Essilor® Transitions® VI dengan mutu yang lebih tinggi dan hasil kerja yang lebih halus. Dalam sepanjang enam tahun ini juga, mata saya dilindungi 100% dari panahan UV kejam!!! :p
Apa sebenarnya keistimewaan Essilor® Transitions® ini? Disini saya ingin berkongsi maklumat kepada anda tentang kelebihan pada lens Essilor® Transitions® ini. Ia adalah dari jenis lens photochromic. Dalam bahasa mudah, lens photochromic adalah lens yang sensitif kepada UV dan ia akan bertukar kepada gelap (bukan hitam ya ). Biasanya jika ia dari Essilor, material lens tersebut adalah dari jenis plastik atau plastik polycarbonate. Apa itu polycarbonate? Dalam bahasa mudah (buat kali kedua), ia adalah dari jenis plastik yang tahan lasak. Jika terpijak atau terjatuh, ia tidak akan pecah. Material polycarbonate ini biasanya dibuat untuk membuat botol susu bayi (cubalah pijak?pecah tak?) dan paling mengagumkan, ia adalah material yang sama untuk membuat tingkap kapal terbang!
Kelebihan Essilor® Transitions® lain yang memudahkan hari-hari anda:
- mudah dan cepat mengadaptasi dengan perubahan cahaya.
- lens kelihatan seperti lens-lens biasa ketika dalam bangunan atau waktu malam.
- lebih selesa berkeadaan gelap apabila di luar atau pada cahaya terang.
- mengurangkan “glare’ atau silau dengan lapisan anti-reflective Crizal® untuk penglihatan selesa dan keletihan mata (“eye fatigue”).
Seperti yang saya katakan tadi, pendedahan kepada matahari boleh menyebabkan mata kita rosak dan boleh menjadikan “penyakit” yang biasa kepada mata seperti katarak mata dan macular degeneration. Dengan Essilor® Transitions®, ia menghalang sinaran UV kepada mata seperti krim sun block kepada kulit anda. Ia juga adalah lens yang menghalang 100% sinaran UVA dan UVB!
Kenapa Essilor® Transitions® amat sesuai kepada kanak-kanak? Ini kerana mata mereka sedang “membesar” bersama diri mereka. Jadi, risiko terdedah kepada malapetaka matahari ini (cewah, bahasa) adalah tiga kali ganda dari orang dewasa!
Marilah ke Setiawangsa Optometrist untuk melihat, menyentuh dan menyaksikan sendiri demo dari kami
Kenapa penglihatan saya kabur dan double vison? Pernahkan di antara anda pernah mengalami penglihatan sebegini rupa? Double vision ini juga dikenali sebagai diplopia. Penglihatan berganda atau lebih mudah disebut “double vision” ini sering dikaitkan dengan penglihatan kabur. Ini kerana, apabila double vision itu terjadi, dengan secara automatiknya, penglihatan akan menjadi kabur.
Pada posting kali ini, saya ingin berkongsi cerita pengalaman pelanggan kami di Setiawangsa Optometrist. Saya pernah memeriksa seorang kanak-kanak berumur 8 tahun, dan penglihatan beliau boleh dikatakan agak teruk kerana habit suka menonton television. Baru-baru ini, saya dikejutkan dengan berita bahawa kanak-kanak tersebut mungkin mengalami tumor.Kanak-kanak itu juga mengadu sakit kepala selain mengalami double vision kepada ibunya.Ini kerana, arwah bapa beliau meninggal kerana tumor di otak. Ibu beliau juga pernah berpengalaman semasa suaminya masih ada dahulu juga mengalami double vision seperti itu. Bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu yang pernah mengalami peristiwa sebegitu rupa, kali ini, berlaku kepada anaknya pula. Biasalah, kadangkala anak-anak banyak karenah dan alasan mereka untuk tidak ke sekolah dan sebagainya. Tapi kali ini, lain pula gayanya.
Sebenarnya, agak susah untuk diagnos permasalahan kanak-kanak, kerana kadangkala mereka juga kurang pasti apa yang berlaku kepada diri mereka. Sabar dan teliti adalah kunci kepada jawapan. Kadangkala, tidak semua diagnos boleh digunapakai. Pada mulanya, beliau dikatakan terganggu penglihatannya disebabkan sinus yang membengkak di kawasan hidung. Dipendekan cerita, beliau tidak jadi untuk membuat SCAN kerana ibunya telah merujuk dahulu kepada doktor mata. Alhamdulillah, lega juga saya dengan berita bahawa semuanya tiada masalah. Kanak-kanak itu hanya mengalami gangguan otot-otot matanya. Dengan ganguan otot itu, menyebabkan penglihatannya kabur dan nampak berganda.
Seperti gambarajah di bawah, mata mempunyai otot-otot (extraocular muscles) untuk mengawal dan mengerakkan mata sama ada ke kiri, atas, bawah, oblik, menjeling , berputar, dan sebagainya. Otot-otot ini dikawal oleh saraf-saraf (CN3, CN4 dan CN6). Sebagai contoh, saraf CN3 adalah mengawal pergerakan ke atas, ke bawah dan ke hidung. Jika ada masalah yang berlaku kepada saraf itu, pergerankan mata akan terganggu.
Jika anda mencari jawapan pada soalan diri anda, mungkin saya tidak dapat menjawab kenapa anda mengalami double vision secara tepat. Disini saya menerangkan dari segi bagaimana biasanya simptom ini berlaku. Permeriksaan boleh dilakukan oleh Optometrist di kejiranan anda. Pemeriksaan biasanya dilakukan dengan dengan menutup sebelah mata berganti-ganti untuk memastikan mata mana yang mengalami double vision dan seterusnya.
i) Binocular Diplopia
- ini disebabkan apabila mata ditutup sebelah, penglihatan adalah normal.
- jika melihat menggunakan kedua-dua belah mata, penglihatan adalah kabur dan double vision.
- berlaku akibat: i- gangguan saraf 3, 4 dan6 ii- myasthenia gravis iii- orbital infiltration
ii) Monocular Diplopia
- jika salah satu atau kedua-dua mata (jika tutup kedua-dua mata, memanglah tak nampak ;p ) nampak kabur atau double vision.
- berpunca daripada: katarak, keratokonus, astigmatism, corneal scarring dan dislocated len.
Sebagaimana cerita yang saya kongsi tadi, kanak-kanak tersebut mengalami Convergence Weakness. Treatment yang dilakukan adalah menjalankan senaman mata. YA, mata juga memerlukan senaman Senaman “pencil pushups ” dilakukan untuk tujuan melatih dan menguatkan mana-mana otot yang lemah. Senaman “pencil pushups” ini mudah sahaja, iaitu dengan meletakan pen pada jarak satu tangan mendepa ke hadapan, selaraskan pen di tengah-tengah iaitu di hadapan hidung. Lihat pergerakan pen yang menghala ke arah hidung. Mudah. Ia dilakukan selama 10 minit dengan dos sebanyak tiga kali sehari (cewah, macam makan ubat pulak ye?). Jika dengan izin Allah, teknik senaman ini tidak berjaya dan tidak efektif, mungkin ia disebabkan oleh saraf. Tetapi ini semua diputuskan oleh doktor mata. Jika ia disebabkan oleh saraf, mungkin tidak banyak yang boleh dilakukan. Wallahualam…
Keratokonus
10 Jun 2009
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Bertemu kembali di ruangan ini, lama benar tak ada posting. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan kes keratokonus. Minggu lepas saya telah didatangi oleh pelajar 16 tahun bersama keluarganya. Berdarah campuran Melayu dan Inggeris. Dia mengadu kabur dengan cermin mata yang di gunakannya sekarang. Kerap menukar cermin mata dan beberapa hari sahaja cermin mata itu boleh di gunakan dengan jelas.
Daripada masalah yang dihadapi, saya dapat mengagak bahawa pelajar ini mempunyai masalah mata iaitu keratokonus.
Saya mulakan pemeriksaan dengan mencari kelengkungan kornea menggunakan keratometer. Ya.. tepat sekali dugaan saya. ‘Mire’ yang kelihatan berbentuk buah pear dan tidak sekata. Sudah pasti kelengkungan kornea yang didapati tidak tepat. Kemudian saya mengambil bacaan VA (ketajaman penglihatan).
Preskripsi kanan +1.75 / -4.00 * 180 VA 6/60 dan Kiri +0.25/ -4.00 * 175 VA 6/60.
Saya menjelaskan kepada pesakit dan ibunya bahawa pelajar ini mengalami satu penyakit mata iaitu kerotokonus. Ia berlaku apabila lapisan kornea menipis lalu berubah bentuk menjadi seperti bentuk kon. Menyebabkan penglihatan menjadi ‘distorted’ (herot atau kembang).
Simptom penyakit ini adalah penglihatan kabur dan ‘distorted’, kuasa astigmatism berubah-ubah dan meningkat, silau dan sensitif pada cahaya.
Puncanya?
- Ketidakstabilan enzim di dalam kornea menyebabkan gangguan pada pembentukan tisu.
- Genetik (kerap berlaku pada bangsa India, bangsa Eropah dll).
- Pendedahan pada cahaya UV yang berlebihan.
- Amat kerap menggosok mata.
- Iritasi mata yang kronik.
- Pengguna kanta sentuh (poorly fit contact lens)
Bagaimana merawatnya?
- RGP contact lens.
- ‘Piggybacking’ contact lens
- Hybrit contact lens
- Boston sclerals lens prosthetic device
- C3-R, eye drop yang mengandugi riboflavin (vitamin B2).
- Corneal transplant
Saya menyarankan kepadanya agar menggunakan kanta sentuh RGP supaya korneanya boleh dibentuk semula dan meningkatkan tahap penglihatannya. Aduh! Pakai kanta sentuh ni memang sakit pada peringkat awalnya, mesti tahanlah! Tapi bagi ibu bapa yang berkemampuan, guna eye drop pun boleh kerana ubat ini sangat mahal berbanding kanta lekap RGP.
Untuk maklumat pembaca, Setiawangsa Optometrist ada menjual kanta lekap RGP dan anda boleh mencuba (fitting) di permis kami. Biasanya harga kanta lekap RGP adalah dalam lingkungan RM400.00++. Namun pada kes ini, beliau mestilah menggunakan RGPKeratokonus yang menjangkau sehingga RM900.00!
Jika ada apa-apa pertanyaan, jangan segan untuk bertanya kepada kami. Kalau segan, e-mail je Sekian buat masa ini, ada lagi cerita-cerita menarik pelanggan dan info yang ingin dikongsi bersama disini.
Norhalijah Ismail
Setiawangsa Optometrist.
Setiawangsa Optometrist.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan