Selasa, 16 Oktober 2012

Masalah Berkaitan Mata


Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah


Masalah Berkaitan Mata

Mata mempunyai banyak kesan refleks terhadap bahagian tubuh yang lain. Saraf, soket dan urat mata dikawal oleh pusat kawalan suhu di otak NW7. Kegagalan kawalan suhu atau sekiranya suhu badan meningkat, biasanya akan menyebabkan masalah mata kering atau masalah juling. Daya penglihatan dipengaruhi oleh tenaga daripada kawasan pencernaan (atau organ kuning NW12NW13,NW14 dan NW15). Kelemahan organ di bahagian pencernaan akan menyebabkan berlaku masalah rabun jauh atau rabun dekat, silau dengan cahaja, kabur atau yang lebih kronik ia akan menjadi katarak. Sesuatu menemuan menarik unik dan sangat tepat ialah ilmu Iridology, iaitu pemerhatian terhadap anak mata yang berwarana hitam boleh menentukan dan mengenalpasti penyakit di seluruh tubuh. Oleh itu, merawatnya menjadi amat mudah jika punca refleks mata dapat dikenalpasti.

Air mata

Air mata ialah rahsia memori. Mengeluarkan air mata dengan cara sedih atau meratap dengan seseorang atau kehilangan sesuatu, akan turut mengalirkan memori bersama dengan air mata tersebut.

Setiap yang kita lihat adalah sesuatu yang kita ada atau miliki (Falsafah Hukum Keseimbangan) . Air mata membantu penglihatan. Orang yang tidak dapat melihat ialah orang yang telah kekeringan air mata. Orang yang masih boleh melihat, tetapi kerap kehilangan sesuatu ialah orang yang mengalairkan air mata dengan kerap.

Mengalirkan air mata amat digalakkan kepada pesakit yang mendapat penyakit akibat perbuatan dosa seperti HIV Aids, sifilis atau sebagainya. Untuk pulih, pesakit perlu insaf, bertaubat kepada Allah dengan taubat hasuha hingga boleh mengalirkan air mata, kemudian Insya Allah penyakit tersebut akan mengalir keluar bersama dengan air mata. Walaupun telah terbukti secara saintifik bahawa rawatan Colour Vibration Therapy boleh merawat pesakit HIV dengan mudah dan pantas, tetapi jika pesakit tidak mahu bertaubat dan masih dengan sikap yang lama, saya minta sila bertaubat dulu sebelum mendapatkan rawatan daripada saya kerana proses rawatan akan menjadi agak rumit.

Jaundis atau demam kuning

Kelemahan yang kritikal terhadap mana-mana bahagian organ pencernaan (Perut, Hati, Limpa NW12Buah Pinggang NW13,Hempedu NW14Pankreas NW15) akan menyebabkan kulit, wajah dan kuku terutama bahagian mata putih akan kelihatan kuning. Di hospital doktor klasik akan mendakwa pesakit telah menghidap jaundis. Sebenarnya jaundis ialah penyakit yang banya berkaitan dengan organ Hati NW12. Tetapi mana-mana bahagian pencernaan yang lemah seperti yang disebutkan tadi juga akan turut menyebabkan jaundis.

Fenomena ini biasa disebut Demam Kuning. Demam kuning tidak mendatangkan masalah pada bahagian mata.

Iridology



Setiap keadaan kesihatan di seluruh tubuh akan memberi kesan refleks terhadap corak pada iris mata. Menyedari hakikat ini, maka wujudnya ilmu Iridology. Iridology moden diasaskan oleh Dr. Bernard Jensen.

Perubahan pada iris mata tidak mendatangkan masalah pada mata, tetapi ini adalah gambaran bahawa hubungan refleks mata dengan tubuh yang lain adalah amat rapat.

Juling
Juling terjadi akibat kelemahan pada soket mata untuk memegang biji mata dengan baik. Juling terbahagi kepada dua jenis iaitu exophoria dan esophoria (juga dieja exotropia dan esotropia). Exophoria ialah juling ke luar manakala exophoria ialah juling ke dalam. Terdapat juga exophoria dan esophoria yang juling keatas atau juling ke bawah yang masing-masing dipanggil hipo dan hiper. Rajah di bawah ialah jenis-jenis juling.

Masalah juling boleh dirawat dengan cara mempertenagakan semula soket mata agar ia kembali seperti bentuk yang asal. Sel-sel di bahagian soket mata yang menerima tenaga asalnya semula akan menyusun molekul-molekulnya supaya menjadi lebih kukuh dan teratur. Oleh itu biji mata akan kembali seperti asal.

Suhu badan yang tidak terkawal disebabkan oleh tekanan darah yang randah. Biasanya mereka yang menalami masalah juling juga kerap demam atau panas badan. Bahagian kalawan suhu NW7 turut meliputi bahagian rahang, lidah, gigi, mulut, dan telinga. Kemungkinan mereka yang juling juga akan menalami masalah di bahagian tersebut seperti gusi kerap berdarah, lidah gatal, telinga berdengung. Jika kelemahan di bahagian kawalan suhu NW7 beserta dengan kelemahan di bahagian Hempedu NW14, kemungkinan terdapat terlalu banyak jerawat di bahagian rahang dan dagu.

Rabun warna

Suhu badan yang tinggi dan tidak terkawal akan menjejaskan saraf mata. Selain maslah juling, ia akan menyebabkan rabun warna. Rabun warna boleh dirawat dengan cara mempertenagakan bahagian kawalan suhu NW7. Tetapi, adalah dinasikatkan supaya masalah rabun warna ini tidak perlu dirawat kerana ia tidak mendatangkan masalah. Malah mereka yang mengalami rabun warna sebenarnya turut berkebolehan melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh manusia normal.


Terdapat dua keadaan mereka yang rabun warna iaitu protan dan deutran. Protan mempunyai keupayaan mengesan warna yang terhad manakala deutan ialah kekeliruan mengenalpasti warna. Spektrum tubuh mereka juga sebenarnya menyamai dengan spektrum kerabunan yang mereka alami. Manusia yang normal akan mempunyai lengkap 7 warna spektrum tubuh. Tetapi mereka yang rabun warna hanya mempunyai kurang daripada 5 spektrum warna.

Cuba uji sama ada anda rabun warna atau tidak. Jawapan kepada ujian ini, sila seretkan konsol mouse ke atas gambar.
Hukum Keseimbangan menjelaskan bahawa setiap yang kita lihat adalah sesuatu yang berada di dalam spektrum diri kita sahaja. Rabun warna telah mengesahkan kewujudan teori Hukum Keseimbangan. Bagi mereka yang mempunyai spektrum warna tertentu hanya akan dapat bertemu atau terserempak atau terperasan dengan perkara tertentu yang seimbang dengan spektrum dirinya sahaja. Misalnya mereka yang mengalami masalah gangguan spiritual (NW1) atau beberapa organ di level spiritual (NW1NW2NW3NW4NW5NW6NW7 dan MW8) akan mudah terserempak dengan cendawan.
Rabun

Kekenyalan ligamin yang memegang kanta adalah penentu kepada ketepatan fokus kata mata yang mempengaruhi kerabunan atau kejelasan pendangan mata. Kekenyalan ligamin ini bergantung kepada tahap kolestrol yang terdapat dalam darah. Jika terdapat lebihan kolestrol, ligamin lambat untuk bertindak atau hampir kaku untuk menyelaraskan fokus kanta mata. Jika ketiadaan kolestrol pula, maka hanya akan wujud satu keadaan iaitu sama ada seseorang itu akan mendapat rabun jauh atau rabun dekat.

Oleh itu kolestrol amat menting untuk mengelak masalah rabun mata. Tetapi kolestrol yang berlebihan pula akan menyebabkan mata menjadi kabur atau lambat menyelaraskan fokus kanta. Organ yang menjaga, mengawal dan memproses kolestrol ialah Hati NW12. Jika hati lemah, maka mata akan menjadi rabun.

Jika anda hayati, setelah mengambil makanan yang bergoreng, atau sekiranya anda kerap mengambil makanan yang bergoreng, mata anda akan mengalami masalah kekenyalan kata mata. Anda boleh mengujinya dengan cara cuba mambaca buku di tangan anda atau di atas meja, kemudian cuba baca tulisan di papan hitam atau white board di hadapan anda yang jaraknya antara 6 ke 12 meter. Dalam ujian ini sila baca tulisan pada buku, kemudian dengan segera baca tulisan di hadapan. Kemudian dengan segera baca semula tulisan pada buku dan dengan segera baca semula di hadapan.
Sila buat pemerhatian seperti berikut;

1. Adalah jelas penglihatan anda setiap kali menukar jarak penglihatan?

2. Berapa lamakah tempoh perlu diambil untuk mata anda dapat menyelaras fokus kanta supaya jelas?

3. Adalah anda hanya jelas kepada sesuatu jarak sahaja, misalnya dekat nampak jelas, jauh tidak atau sebaliknya jauh jelas dan jekat tidak?

4. Adakah anda kabur pada jarak kedua-dua penglihatan?

Soalan di atas disusun berdasarkan tahap kolestrol dalam darah. Semakin teruk keadaan untuk soalan berikutnya maka kemakin tinggi kolestrol anda.

Satu-satunya minyak masak yang tidak mengandungi kolestrol ialah munyak zaitun. Masalah ini dapat diatasi sekiranya anda mengambil minyak zaitun sebagai pengganti minyak masakan yang lain.

Silau

Protein akan disi ke dalam otot untuk membina strukturnya supaya menjadi lebih kuat. Tetapi protein yang berlebihan akan menyebabakan iris mata tidak dapat dirapatkan dengan baik. Akibatnya akan berlaku lebihan cahaya yang masuk ke dalam mata.

Mereka yang mengambil terlalu banyak protein akan mengalami masalah ini dan akan terasa seperti silau. Mata akan terbedip atau seperti hendap dipejamkan terutama jika berada di luar rumah.

Protein dikawal dan diuraikan oleh kekuatan Hati NW12. Mereka yang kerap mengambil susu lembu atau susu awal lembu yang mengandungai banyak protein atau susu yang diformulakan untuk atlit (ahli sukan) atau ahli bina badan akan menyebabkan mata menjadi silau.

Kabur / katarak / cataract (gambaran terhalang)



Kandungan gula yang tinggi dalam darah akan menyebabkan saraf mengalami keracunan dan terjejas strukturnya. Gula yang tinggi akan menyebabkan saraf mata tidak cekap membawa isyarat penglihatan ke otak. Akibatnya berlaku keadaan penglihatan seperti kabur atau seperti terdapat lapisan di hadapan mata atau pada peringkat yang kronik akan menyebabkan katarak.

Pembedahan tidak dapat merawat masalah ini secara kekal dan hanya bersifat sementara. Pesakit katarak yang berpunca daripada diabetes biasanya akan mendapat masalah katarak berulang sekiranya paras gula dalam darah masih tinggi.

 Rawatan Masalah Mata
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat masalah berkaitan mata atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.mbinaan, harap maaf]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan