Rahsia Bagaimana Menyelesaikan Masalah Buasir Dengan Hanya 3 Langkah Mudah!
Peringatan! Segala informasi yang dikongsikan disini adalah PERCUMA dan bahan-bahan yang digunakan adalah daripada 100% herba semulajadi dan sudah semestinya HALAL
Adakah Anda Sedang Mengalami Masalah-masalah Seperti Berikut?
- Selalu rasa sakit ketika membuang air besar & najis terlalu keras?
- Rasa sakit yang berdenyut-denyut di bahagian dubur?
- Pendarahan berlaku sebelum dan selepas membuang air besar?
- Darah berwarna merah cair menitis atau tersembur keluar dari saluran dubur?
- Rasa gatal, panas dan tidak selesa pada lubang dubur?
- Rasa tidak selesa pada bahagian dubur semasa berdiri dan mencangkung?
- Ada benjolan terkeluar semasa mencangkung?
Jika YA jawapan anda, anda sememangnya berada di laman web yang betul. Teruskan membaca…
Dari laptop Redza Ahmad (admin kesihatan.info)
Kepada: Sahabat-sahabat yang diingati
Kepada: Sahabat-sahabat yang diingati
Perkara: Rawat Masalah Buasir Anda Dengan Herba Alami Yang Terbukti Mujarab, Selamat & Berkesan
Salam hormat buat anda. Biar apa pun yang berlaku kepada anda ketika ini, saya harap anda dapat bersabar dengan ujian penyakit ini. Jika masalah buasir ini terjadi kepada insan kesayangan anda, janganlah berputus asa untuk menggalakkannya mencuba untuk merawat sehingga buasir tersebut sembuh dan hilang selama-lamanya.
Saya Redza dan hari ini saya ingin kongsikan bersama anda penawar kepada masalah buasiranda dengan amalan 100% herba alami dan semulajadi tanpa melibatkan bahan-bahan kimia yang merbahaya.
Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita kenali secara dekat apakah penyakit buasir?
Apakah Penyakit Buasir?
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran dan di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Jenis-jenis Buasir
1) Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum.Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi proses meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
2) Buasir luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memeri dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
Punca Penyakit Buasir
Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat masalah buasirialah:
- Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
- Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
- Masalah sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
- Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
- Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
Sumber: www.anispharmacy.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan