Mata memainkan peranan paling penting dalam kehidupan manusia. Jika mata terjejas maka keindahan dunia tidak dapat dinikmati. Oleh sebab itu, mata hendaklah dijaga dengan baik setiap masa kerana kornea mata amat sensitif sifatnya.
Berbicara tentang masalah mata, Prof. Muhaya Muhamad mempunyai ramuan untuk segera sembuh.
Selain yakin dengan kemajuan teknologi perubatan, beliau berkata, doktor dan pesakit perlu menyembuhkan diri sendiri.
“Sebelum menyembuhkan orang lain, perlunya seseorang menyembuhkan terlebih dahulu dirinya dari segi fizikal, spiritual, emosi dan sosial. Begitu dengan pesakit khususnya mereka yang percaya penglihatan mata penting untuk menjalankan ibadat dengan sempurna,” ujarnya setiap kali penulis bertemu dengannya.
Pertemuan bersama pesakit turut diselitkan sedikit nasihat agar mereka celik hati dan mata.
Bagi Prof. Muhaya doktor dan pesakit Muslim perlu memiliki kebersihan rohani sebelum mampu merawat penyakit. Berdasarkan pengalaman beliau, pesakit Muslim yang tidak pernah meninggalkan suruhan Tuhan, melalui prosedur pembedahan dengan lancar.
Begitu seorang doktor, Prof. Muhaya ingin mengejar pahala dengan tidak meninggalkan suruhan Allah dan ikhlas membantu insan lain. Ia merupakan resipi terbaik bergelar doktor.
“Sebenarnya menjadi doktor paling mudah untuk kita mendapat pahala kerana menerusinya kita lebih mudah berdakwah dan menyampaikan nasihat kepada pesakit. Sepanjang pengalaman saya sebagai doktor, selalunya saya akan menyampaikan ingatan dan pesanan kepada pesakit, tidak sekadar merawat semata-mata,” katanya.
Incoming search terms:
- kesihatan mata
- rawatan sakit mata
- rawatan kesihatan
- petua sakit mata
- doa sakit mata
- resipi sihat
- CARA JAGA MATA
- penawar mata
- rawatan untuk mata
- cara rawatan mata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan